Friday, March 7, 2014

Alangkah ....!!

 
Sesekali bersendirian, mengenang zaman yang telah berlalu, alangkah indahnya jika dapat dikembalikan zaman itu. 
 
Kehidupan serba sederhana, tanpa wajah kepuraan dan tanpa tergesa-gesa mengejar fatamorgana kesempurnaan. 
 
Alangkah indahnya, skrip itu boleh di realitikan.  Kehidupan jauh dari keriuhan kota, jauh dari pemantauan manusia serta jauh dari pencerapan insan berhati tidak mulia .....
 
 
 
 
... dan alangkah cerianya hati yang jika punya seorang isteri yang setia, yang senantiasa berada di sisi, menghibur ketika duka, bertanya ketika lara, memujuk ketika luka, mengubat ketika sengsara serta menangis sama ketika dianianya ..........
 
 
.... dan alangkah indahnya, jika punya anak yang sama-sama membantu keluarga.  Yang berat sama dijunjung dan yang ringan sama dijinjing......  Yang tidak pernah bertanya tentang kemiskinan, tidak pernah bertanya tentang setiap kekurangan, yang senantiasa memahami setiap masalah keluarga tanpa perlu berbicara .........

 
...... alangkah .........!!!!!!

Saturday, March 26, 2011

Seminggu tanpa berita


Kempen 'earth hour' baru selesai sebentar tadi.  Ia bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar daripada kemusnahan akibat aktiviti harian manusia.  Klik sini

Aku pun nak buat kempen jugak, kempen 'seminggu tanpa berita'.  Dalam masa seminggu, aku tak nak baca akhbar, tak nak dengar radio dan tak nak tengok tv.  Ini bukan bermakna aku nak boikot itu semua, tapi aku rasa aku akan lebih aman tanpa media tersebut. 

Media terlalu banyak menceritakan perkara yang negatif.  Cerita-cerita yang positif kurang di tonjolkan.  Kekadang aku rasa takut bahawa apakah dunia hari ini tidak ada lagi baiknya.

Seminggu sahaja tanpa berita.  Aku akan lebih tenang, aku tak perlu menyusahkan otak untuk memikirkan segala masalah orang lain.....  Seperti yang aku katakan, aku bukan memboikot media ataupun mogok berita, hanya sekadar menenangkan fikiran ....

Bagaimaa dengan internet?

.

Friday, March 18, 2011

Tangan tergilis mesin tebu

Oleh Ibrahim Isa dan Mohd Nur Hafidz Nordin
am@hmetro.com.my



KULAIJAYA: “Mak, tolong mak, sakit!” jerit Nurul Aminah Murjini, 15, apabila tangan kirinya tersepit pada gigi mesin perahan tebu di sebuah gerai menjual air tebu di Taman Kulai Baru, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12.15 tengah hari itu, tangan kiri Nurul separas siku hampir hancur akibat tersangkut pada gigi mesin perahan tebu ketika membantu ibunya menjual air tebu di gerai berhampiran rumah kedai di Batu 21, Jalan Kulai-Johor Bahru.

Kejadian berlaku apabila tudung pelajar tingkatan tiga itu tiba-tiba tersangkut pada gigi mesin berkenaan yang sedang ligat berputar.

Menurut saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Hamid, 30-an, mangsa gagal menarik keluar tudungnya yang tersangkut ketika mesin berputar.

Sambungan klik sini

Catatan:

1.  Begitulah anak-anak orang biasa;  membantu ayah dan ibu di waktu cuti persekolahan.
2.  Alangkah indahnya menjadi anak-anak orang "luar biasa".............
3.  Semoga Adik Nurul Aminah Murjini, menjadikan peristiwa ini sebagai satu 'motivasi' yang paling berharga iaitu; ketabahan, kesabaran, kekuatan, kebijaksanaan & keberanian...!!

Sunday, February 20, 2011

Tangkap khalwat di hotel bajet

(gambar hiasan)

Ceritanya mudah......

Seorang pelajar IPT ditangkap khalwat di hotel bajet.  Atau seorang buruh binaan berlari separuh bogel dikejar oleh pegawai jabatan agama di sebuah rumah tumpangan.  Ataupun seorang janda beranak tujuh ditangkap berdua-duaan di dalam kereta bersama kekasihnya seorang pemandu teksi.....  Itu jer..!!! (semua watak adalah rekaan sahaja....)

Moralnya......  Yang buat jahat adalah manusia-manusia marhaen; lokasinya pun marhaen jugak.  Ada cadangan untuk mengadakan operasi di hotel lima bintang (baca sini). 

Nak jugak sesekali baca suratkhabar ......... 

Seorang CEO ditangkap khalwat di hotel 7 bintang mlam tadi.  Atau "seekor jerung" terperangkap oleh jaring yg dipasang oleh "nelayan" subuh tadi.  Ataupun seorang pemimpin yg dikenali lari separuh bogel bersama kekasihnya di sebuah kondo malam tadi........  (watak hanya rekaan sahaja..., tidak ada kena mengena dengan yg masih hidup ataupun mati...!!!)

Teringat pesan arwah ayah dulu,  "Kalau kita ditakdirkan miskin, bersyukurlah kerana ada orang yg lebih miskin lagi.  Kalau kita ditakdirkan menjadi orang biasa, bersyukurlah kerana kita tidak akan mudah menjadi alpa.  Tetapi biasalah, dunia ini bukan milik orang biasa-biasa ....!!!

Pengajaran:
1.  Jangan buat jahat.......
2.  Buat baik berpada-pada .......
3.  Bersyukur dengan apa yg ada.......

Thursday, February 10, 2011

Apakah kita "anti" teknologi


...  semalam anak aku lewat balik dari sekolah, katanya ada latihan sukan.  Waktu habis latihan, tidak pasti lagi.  Jadi aku menganggarkan, dia akan habis latihan pada pukul 5.00 petang, kerana aku terpaksa menjemputnya.

       Pukul 5.00 petang aku menjemputnya di sekolah tetapi dia sudah tiada di sekolah, pengawal keselamatan sekolah kata latihan tamat pukul 4.45 petang tadi.  Aku terus ke stesen bas, kerana aku rasa dia mungkin ke sana.  Tiba di stesen bas, kelibat anak aku juga tiada.  Aku jadi risau...!!

       Aku patah balik ke sekolah.  Dengan bantuan pengawal keselamatan sekolah, kami cari di sekeliling sekolah tetapi masih tidak berjumpa.  Aku menjadi tambah gelabah ......

       Dengan doa, aku kembali sekali lagi ke stesen bas.  Alhamdulillah, aku bersyukur kerana anak aku ada di situ.  Dengan suara agak tinggi (stress agaknya) aku bertanyanya kenapa dia tidak menelefon aku yg dia akan ke stesen bas.  Dengan wajah hampir menangis (kerana malu agaknya), dia menjawab mana ada telefon awam yg boleh digunakan ......!!!  Aku peluk anakku tanda kekesalanku ...

Moral:

Kenapa telefon bimbit tidak boleh di bawa ke sekolah?  Alasannya, ia merbahaya kerana dikhuatiri disalahgunakan oleh pelajar-pelajar (... betul ker?).  Apakah sudah ada kajian yg mengesahkannya.  Tidak bolehkah kita mendidik anak-anak ini untuk menggunakan teknologi itu untuk kebaikan?  Apakah 'buruk' sangat laku anak-anak ini hingga tidak boleh di displinkan?

Kalau begitu haramkan jugalah kereta dan jalanraya, kerana jalanraya adalah antara pembunuh terbesar di negara kita. 

Kita sering mengambil jalan mudah, untuk mengatasi masalah.....  Internet juga kan, banyak juga mendatangkan keburukan...!!!!

Saturday, February 5, 2011

Along...?


... Camana yer...?  

Friday, January 14, 2011

Inilah kisahku Bah 4 - Part 4

..aku ingin berubah....!!

Aku ingin lupakan segala-galanya. Aku ingin tumpukan pada pelajaran. Aku akan bina kerjaya sehingga berjaya. Aku terus membantu bapa saudaraku di kedainya, dan aku ingin mengumpul modal. Aku juga ingin berniaga.....

.... semua perempuan yang pernah aku kenali, aku buang dari memoriku. Mereka banyak mengajarku tentang ketabahan.

... aku ingin kembali dan dilahrkan semula sebgai orang baru ....!!!

...TAMAT ....

Saturday, January 8, 2011

Inilah Kisahku Bah 4 - Part 3

... malam terakhir meraikan pelajar2 senior yg telah tamat, aku menyanyikan lagu khas buat Yan. Dgn penuh perasaan aku menyanyikn lagu 'Satu Penantian' oleh Dwen dengan iringan gitar yg ku petik sendiri. Sunyi sepi dewan mendengar lagu yg ku nyanyikn.

.... mlm itu adalah mlm aku berdua bersama Yan. Kali pertama aku luahkn isi hatiku buat Yan. Dn Yan ku lihat lebih banyak diam dari berkata2. Aku tau Yan sebenarnya terkedu mendengar luahan & bisikan hatiku yg kugarap dgn indah, macam percintaan Romeo, Uda dn bla bla bla ....

.... sebelum Yan pergi malam tu, Yan memegang tanganku lalu menciumnya & perlahan2 Yan seolah berbisik memberitahuku .... "..Maafkan Yan, Yan telah dipunyai. Yan dah bertunang ....!!"

Aku tk tau kenapa mlm itu aku tak boleh tidur sepanjang malam & aku habiskan malam dengan menyanyikn lagu 'Salam Terakhir' nyanyian Sudirman. Tapi suara ku tk keluar ketika menyanyikn lagu itu..... Sampai hati kau Yan ......!!!!

Thursday, December 30, 2010

Inilah Kisahku Bah 4 - Part 2

... tetiba sahaja hatiku terbuka utk belajar lagi. Semuanya kerana Yan. Lalu aku memohon & mengambil jurusan lanscape. Alhamdulillah, permohonan aku berjaya & aku diberikan kursus masakan, pengkhususan pembuatan kek...!!!

Ibu tak berkata apa2. Guru besar ucapkn tahniah, dan berikan lagi semangat. Sri aku tak beritau langsung, untuk apa plak?

Di hari pendaftaran, aku banyk dibantu oleh Yan - semuanya berjalan lancar. Aku tinggal bersama bapa saudaraku, sambil membantu beliau di kedai runcitnya. Dan, aku semakin rapat dgn Yan. Yan masih sering membeli di kedai bapa saudaraku.

... kadang-kadang bila Yan membeli di kedai, aku yg akan melayannya & biasalah Yan pasti aku berikan potongan harga yang SANGAT menarik, kadang-kadang sampai 100%. Bapa saudaraku tak tahu, tapi takkan kerana Yan seorang kedai bapa saudaraku boleh bangkrap plak .....!!!!

Wednesday, December 29, 2010

Inilah Kisahku Bah 4 - Part 1

.. tiba-tiba sahaja aku sangat kecewa & sangat2 kesunyian. Tak tau kenapa. Lalu aku mengambil keputusan untuk bercuti selama dua minggu dari majikanku. Guru besar macam kecewa tetapi aku berjanji dgnnya yg aku akan kembali bekerja & menyiapkn lanscape yg telah aku rangka.

Sepanjg percutian ini aku telah tinggal & membantu bapa saudaraku yang masih bujang di kedai runcit miliknya di sebuah bandar tidak jauh dari rumahku. Banyak pengalaman yg aku timba di sini, apa lagi aku ada pengalaman di kedai mamak tempoh hari.......

Seperti sebuah filem, aku berkenalan pula dgn seorng gadis yg sering berkunjung di kedai ini. Dia belajar di sebuah institut kemahiran yg berhampiran dlm bidang jahitan. Manis orngnya, peramah dan mesra...!!! Namanya panjang tapi aku panggil Yan, kadang-kala aku tersasul panggil 'Yang' sahaja.

...... Suatu hari Yan berkata, "..... kenapa abang tak belajar lagi? Belajarlah lagi kt tempat Yan, ambil bidang lanscape ker, masak ker, apa-apa sajer yang abang minat... Besok Yan bawak borang yer, dah buka dah permohonan ..."

....... malam itu aku tak dapat tidur mengenangkan pelawaan Yan......!!

Sunday, December 19, 2010

Inilah Kisahku Bah 3 - Part 3

..... di rumah emak sibuk utk menetapkan hari perkahwinan aku dengan Sri.  Aku buat tk kisah sahaja.  Guru besar plak dua tiga kali menghubungi aku bertanya bila aku mula kerja.  Pra sekolah tmpat aku kerja telah di calonkan utk anugerah lanskap tercantik peringkat negeri, gb mintak aku datang segera untuk kerja2 tambahan.
..........megah juga aku rasakan bila hasil kerja aku mendapat pengiktirafan....

... Sri semakin rapat dengan emak.  Selalu dtg ke rumah utk membantu emak.  Memasak, mengemas, mencuci dan segala macam kerja dibuatnya.  Tak taulah sama ada hendak mengambil hati emak, nak menebus kesalahan yg telah dibuatnya ataupun mungkin juga utk menambat hati ku kembali .....
..... masih adakah cintaku untuk Sri?  Entahlah ......!!!!

.... petang itu, Sri sedang membantu emak memasak di dapur, bila aku mencapai motor utk keluar.  Emak bergegas keluar dn bertanya ....."nk ke mana tu..?"  "Beli rokok..,"  jawabku ringkas.

Disimpang tiga jalan keluar dari kampung, aku mengambil jalan kiri.  Aku terus memecut laju menuju ke hospital.  Aku ingin berjumpa Nadia ..........!!!!

...... he he he ......................!!!!


TAMAT



Saturday, December 18, 2010

Inilah Kisahku Bah 3 - Part 2

...bila aku buka mataku, aku berada disatu tempat yang sunyi.  Dan semuanya putih.  Aku yakin aku berada di wad hospital.  Aku perasan ada seseorang sedang tertidur di tepi katil.  Bila aku amati aku terperanjat kerana dia adalah Sri....

... dan aku terus melelapkan mataku kembali ......!

Sekali lagi aku tersedar, ibu sedang menangis di sisiku.  Dan, bila aku membuka mataku, ibu memeluk lalu mencium pipiku, sesuatu yg sudah lama ibu tidak pernah lakukan...!  Dr ibu, baru aku tahu yg aku sudah 2 hari tidak sedarkn diri, & Sri yg menjaga aku selama aku di hospital.  Dari jururawat yg menjaga aku, aku diberitahu aku disyaki mengidapi Ischaemic Heart Disease.....


.... jururawat yg bertanda nama "Nadia" sangat prihatin menjaga aku selama aku berada di hospital....!!

Sepuluh hari aku berada di hospital, aku dibenarkan keluar.  Pagi itu ketika aku berkemas sendirian, aku menerima tetamu yg aku tidak sangka2, Syasa bersama ibunya ....!!  Syasya membawa berbagai hadiah utkku.  Dan dari ibu Syasya aku menerima sebuah bungkusan kecil berwarna biru .........!!


..... sebelum Syasya dan ibunya meningalkan aku, sempat aku merenung lama ke wajah ibu Syasya.  Dan, aku rasa ada sesuatu yg terdetik di hati aku .............!!!  Tapi aku tak berani menyatakannya .....!!!





Sunday, December 12, 2010

Inilah Kisahku Bah 3 - Part 1

Pagi itu aku baru nk mula kerja, emak telefon.  Tanpa noktah emak bercerita tentang Sri.  Dua perkara sajer yg aku dpat tangkap dari cerita emak iaitu Sri keguguran dan Sri telah bercerai.  Diakhir perbualan, emak mendesak dgn kuasa vitonya, " .... kau balik minggu ni, tau ......!!"

.... tetiba sajer kenangan bersama Sri kembali ........

... hujung minggu itu aku balik ke rumah.  Rumah sunyi sajer.  Salam aku tak berjawab.  Aku naik ke rumah.  Aku terperanjat kerana di ruang rumah ada seorang perempuan.  Bila aku amati, aku tak caya perempuan itu adalah Sri.  Dan Sri sedang menangis!



... aku dekati Sri.  Tetiba Sri menerkam aku, memeluk lantas meraung sekuat hati.  Imbangan badanku hilang, aku terhuyung-hayang dan pandangan mataku gelap.  Aku terasa badanku melayang jauh ke udara seperti ada kuasa yang menarikku.  Dan aku hanya berserah kepada Allah .....


.... sayup-sayup aku terdengar ada satu lagi suara meraung berselang seli dengan suara Sri.  Semakin lama semakin jauh ....................................................!!!!!!
..... dan aku yakin, suara itu adalah suara emak ......!!


Saturday, December 11, 2010

Inilah kisahku Bah 2 - Part 4

Suatu hari aku didatangi oleh seorang lelaki yg aku tak kenali di tempat kerja.  Dia mengenali dirinya Syed Alwi Imran (bukan nama sebenar).  Segak orgnya, mesti hebat kerjanya.



Dia mengucapkn terima kasih kerana aku mengambil berat tentang Syasya.  Dan Syasya katanya, sering bercerita tentang aku dengannya.  Sebelum meninggalkn aku, dia menghulurkan sebuah beg kertas yg besar dan berkata, 'aku bakal ayh Syasya & hari ini hari terakhir Syasya bersekolah kat sini.  Aku dah tukarkan ke tadika lain ......"  Bila aku buka beg pemberiannya, aku sayu kerana di dlmnya adalah semua hadiah pemberian aku pd Syasya.  Bila aku pegang beruang berwarna kuning, aku terasa bagaikan ingin menjerit sekuat hati....


Kemudian, dari jauh aku melihat Syed Alwi Imran, Syasya dan ibunya kali terakhir meninggalkn sekolah dengan sebuah kereta yg aku tak tahu namanya, berwarna hitam.  Petang itu di rumah sewaku, aku susun semua pemberian yg pernah aku beri kat Syasya di tepi kepala katil. Sepanjang malam aku dakap bruang kuning & aku terasa alangkah .............!!!!!!!

........indahnya jika Syasya itu ANAK TIRI aku ....
sob sob sob


TAMAT




Tuesday, December 7, 2010

Inilah Kisahku Bah 2 - Part 3

Syasya semakin rapat dgnku.  Keletahnya menghiburkanku.  Dan setiap hari, aku tidak lupa memberikan hadiah padanya - kadang-kadang makanan, kadang-kadang permainan.  Hadiah yg paling Syasya sangat suka terima ialah patung bruang berwarna kuning.......



Suatu pagi, Syasya menghulurkan sebuah beg kpdku.  "Hadiah buat uncle..." katanya.  Menggeletar aku tinjau isi beg itu.  Inilah sejarahnya aku menerima hadiah.  Rasanya aku tak pernah terima hadiah dari sesiapa, termasuklah ketika di sekolah!  Aku terperanjat kerana di dlm beg tersebut adalah ......


.... sepasang baju siap dgn tali lehernya.  Aku terfikir, bilalah aku nk pakai baju ni ...!!

"Siapa beli ni ...?"  tanyaku pada Syasya.  "....Mama .......!!"  Tanpa bawah sedarku, aku terus ......


... dan aku terkenang senyuman ibu Syaya ......!!!

Monday, December 6, 2010

Inilah Kisahku Bah 2 - Part 2

Dari pengurusan murid pra sekolah, aku mendapat tahu nama budak itu ialah Tengku Natasya Huda binti Tengku Ariffin.  Anak tunggal, ayah dan ibunya telah bercerai.  Ibunya seorng mak andam, juga mempunyai kedai penyewaaan kelengkapan pengantin.


Dari sehari ke sehari Syasya (nama manja Natasya) semakin rapat dgn aku.  Bila ada waktu terluang, dia selalu datang kat aku untuk berbual dan bercerita tentang keluarganya.  Malah, Syasya sangat manja dengan aku.



Suatu hari sedang aku duduk berehat kat pondok bacaan setelah seharian bekerja, tiba-tiba ada suara menyergah aku, .....".... uncle, nak kenal tak. Nie dier mak Syasya .....!!"

(Gambar Hiasan)

...... aku tersentak.  Emak Syasya hanya tersenyum.  Bila terlihat senyuman Syasya, aku terkenang seseorang ...........  Senyumannya semanis SRI ...!!!

Sunday, December 5, 2010

Inilah kisahku Bah 2 - Part 1

Aku sangat gembira di tempat baru.  Guru besar mengamanahkan aku bekerja di pra sekolah.  Dengan kawasan yang tidak berapa lebar, beliau meminta aku menjadikan kawasan pra sekolah tersebut sebuah taman yang cantik, sesuai dengan kanak-kanak kecil yg berada di dalamnya.  Beliau memberi kepercayaan kpd aku utk membuat landscape utk pra sekolah mengikut cita rasa aku, dan segala keperluan hanya minta padanya. 

Lalu akupun mulalah berilusi tentang sebuah taman yg indah spt taman2 di kayangan.  Sesekali fikiran aku nakal pabila dalam anganku di taman itu, aku kekadang bercanda bersama Sri, bersama Aliya ataupun bersama Laila .....


Aku juga seronok kerana di sini, aku dihiburkan dengan telatah kanak-kanak yang nakal.  Bunyi bising mereka dapat melupakan aku kepada kisah-kisah yg lalu.  Kadang-kala aku terlupa jugak utk menghubungi emak di kampung, kerana seronoknya aku di sini.



Suatu pagi aku sedang menggali lubang untuk membuat kolam kecil.  Aku dh beritahu guru besar yg aku nk buat kolam dgn air terjunnya sekali.  Air dari kolam itu akan mengalir mengikut sungai kecil yg aku bina sendiri.  Dan aku terperanjat kerana sehari selepas aku cadangkn pada guru besar, hari ini semua barang yg diperlukan sudah sampai.  Maka hari ini aku kena bekerja keras sedikit.
            Sedang aku tekun menggali, tetiba ada suara menegurku,  "......uncle nak wat aper ni .....?"


(Gambar Hiasan)

.... bila aku lihat matanyer, rasa macam aku nk peluk dia macam aku peluk bantal busuk aku kecil2 dulu ........!!!!




Friday, December 3, 2010

Inilah Kisahku - Part 7

Suatu pagi minggu, aku didatangi oleh seorang lelaki.  Katanya, dia adalah sepupu Laila.  Dia datang untuk menguruskan segala harta peninggalan ayah Laila dan aku, dia lantik sebagai ketua pekerja di restoren sahaja.


Malam itu, aku meninggalkan restoren tanpa sepatah kata.  Aku tak beritahu kepada sesiapa termasuk Laila.  Aku tidak tahu apa perasaan Laila, tetapi aku harus memahami situasi;  'siapalah aku kepada Laila?  Tidak ada apa-apa perhubungan langsung ...


Sri telah berkahwin, semoga dia berbahagia.  Aku tidak pergi ke majlis perkahwinannya, bukan kerana aku kecewa tetapi sengaja sahaja walaupun emak berkeras agar aku pergi. 



..Aku mengambil keputusan yang amat berat untuk aku lakukan iaitu berhenti kerja.  Apabila aku memberitahu bos yg aku ingin berhenti, dia semacam berat untuk membenarkannya.  Dia meminta aku terus bekerja dengannya.  Melalui perbincangan, dia menukarkan aku ke sebuah sekolah rendah yg jauh dari kolej tetapi masih lagi sebagai tukang kebun.  Dihari terakhir aku bekerja, aku berjumpa Aliya untuk mengatakan keputusan yg telah aku buat.  Aku membayangkn Aliya akan terkejut & terkedu apabila mendengarnya ataupun menangis langsung memelukku.  Aliya hanya menghulurkn tangan dan berkata, "good luck...!!"  Di tempat letak motor, aku menangis tetapi tanpa suara ........

Kini aku sedar, hidup ini sebenarnya tidak seperti apa yang kita impikan.  Ia banyak ranjau, banyak dusta & banyak tipu daya.  Sekarang, aku sudah cukup 'dewasa' untuk menghadapinya .......!!!!



TAMAT

Wednesday, October 6, 2010

Inilah Kisahku (Part 6)

... sekali lagi aku mendapat berita sedih..

Majikanku, mamak restoren tempat ku bekerja tiba-tiba jatuh di bilik air.  Apabila di bawa ke hospital, pihak hospital mengatakan beliau sudah tidak ada lagi (telah meninggal dunia).

..... beberapa hari kemudian seorang demi seorang pekerja mula berhenti kerja.  Masing-masing tidak tahu nasib masa depan mereka.

.. seminggu selepas itu, aku berjumpa Laila, dengan berat hati aku mengatakan bahawa aku juga ingin berhenti kerja mulai esok.  Maknanya esok adalah hari terakhir aku bekerja.

... ketika aku berada di restoren pada hari terakhir aku bekerja, aku didatangi oleh seorang yang memperkenalkan dirinya seorang peguam.  Katanya dia ingin menunjukkan wasiat arwah ayah Laila padaku...

Dalam wasiat itu, arwah mengatakan bahawa dia menyerahkan pengurusan restoren itu padaku.  Arwah juga meminta aku menjaga anak gadisnya sehingga beliau berusia 21 tahun .......!!


... malam itu sekali lagi aku ...



di kejarkan ke hospital .....!!


...BERSAMBUNG .......!!!!!

Tuesday, October 5, 2010

Inilah Kisahku (Part 5)

Suatu malam aku mendapat panggilan telefon dari mak.  Mak mendesak aku balik segera ke kampung.  Bila aku cuba beri alasan, mak macam nak marah.  Jadi terpaksalah aku berjanji untuk balik jugak.

Hujung minggu tersebut aku balik kampung.  Mak gembira... 

Malam itu mak beritahu aku, keluarga Sri telah datang dan minta perkahwinan aku dengan Sri dicepatkan.  Kalau boleh hujung bulan ni jugak ......!!!

Malam itu aku 'melalak' tanpa suara .....


.. wooooooooooooo...... !!!!!!!!!

... di kolej aku berjumpa dengan Aliya.  Aku berpura-pura dengan Aliya mengatakan aku bersaudara dengan Sri dan minta dia selidik apa sebenarnya masalah Sri.  Aku beritahu mak Sri mengadu dengan aku yang Sri macam ada masalah ......!!

.... tiga hari selepas itu aku berjumpa dengan Aliya.  Alangkah terperanjatnya aku bila Aliya beritahu aku bahawa Sri ....


te.... te..... te.... lah .................



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Belog ini mula dibina pada hari Khamis, 09.09.10 bersamaan 30 Ramadhan 1431 dan siap pada hari yang sama. - godekGODEK by antu-air.blogspot.com