Thursday, February 10, 2011

Apakah kita "anti" teknologi


...  semalam anak aku lewat balik dari sekolah, katanya ada latihan sukan.  Waktu habis latihan, tidak pasti lagi.  Jadi aku menganggarkan, dia akan habis latihan pada pukul 5.00 petang, kerana aku terpaksa menjemputnya.

       Pukul 5.00 petang aku menjemputnya di sekolah tetapi dia sudah tiada di sekolah, pengawal keselamatan sekolah kata latihan tamat pukul 4.45 petang tadi.  Aku terus ke stesen bas, kerana aku rasa dia mungkin ke sana.  Tiba di stesen bas, kelibat anak aku juga tiada.  Aku jadi risau...!!

       Aku patah balik ke sekolah.  Dengan bantuan pengawal keselamatan sekolah, kami cari di sekeliling sekolah tetapi masih tidak berjumpa.  Aku menjadi tambah gelabah ......

       Dengan doa, aku kembali sekali lagi ke stesen bas.  Alhamdulillah, aku bersyukur kerana anak aku ada di situ.  Dengan suara agak tinggi (stress agaknya) aku bertanyanya kenapa dia tidak menelefon aku yg dia akan ke stesen bas.  Dengan wajah hampir menangis (kerana malu agaknya), dia menjawab mana ada telefon awam yg boleh digunakan ......!!!  Aku peluk anakku tanda kekesalanku ...

Moral:

Kenapa telefon bimbit tidak boleh di bawa ke sekolah?  Alasannya, ia merbahaya kerana dikhuatiri disalahgunakan oleh pelajar-pelajar (... betul ker?).  Apakah sudah ada kajian yg mengesahkannya.  Tidak bolehkah kita mendidik anak-anak ini untuk menggunakan teknologi itu untuk kebaikan?  Apakah 'buruk' sangat laku anak-anak ini hingga tidak boleh di displinkan?

Kalau begitu haramkan jugalah kereta dan jalanraya, kerana jalanraya adalah antara pembunuh terbesar di negara kita. 

Kita sering mengambil jalan mudah, untuk mengatasi masalah.....  Internet juga kan, banyak juga mendatangkan keburukan...!!!!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Belog ini mula dibina pada hari Khamis, 09.09.10 bersamaan 30 Ramadhan 1431 dan siap pada hari yang sama. - godekGODEK by antu-air.blogspot.com