Saturday, October 2, 2010

Inilah kisahku ...

Sedari kecil aku sudah mengenali seorang gadis sebaya aku.  Aku namakan Sri sahaja. Kami main bersama, tidak pernah bergaduh, berkongsi suka dan duka serta tidak ada rahsia diantara kami berdua ..


... kami bersekolah di sekolah yang sama dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah.  Mungkin yang membezakan kami hanyalah kelas sahaja, sebab aku  er er er er ......... (nanti aku beritahu kemudian).  Sehinggalah keluar keputusan ujian SPM, Sri telah ditawarkan ke sebuah kolej ....


Di malam terakhir kami bersama, kami telah berjanji sumpah setia, untuk tidak akan berpisah walaupun apa sekali rintangan yang mendatang.  Dugaan akan ditempuh dengan cekal, hanya ajal dan maut yg akan memisahkan kami berdua ......

Jadilah aku perindu sepi ......


... ditakdirkan beberapa bulan kemudian aku juga mendapat tawaran di kolej yang sama dengan Sri ....  Alangkah gembiranya aku ....  & aku sengaja merahsiakan dr pengetahuan Sri.  Aku ingin membuat kejutan apabila bertemu dgnnya di kolej nanti.  Setiap hari jadilah aku seorang pencari, mencari kelibat kekasih hatiku Sri, sehinggalah aku terjumpanya di taman di hadapan perpustakaan kolej bersama seorang rakan (mungkin rakan sekuliah!).   Apabila aku ingin membuat kejutan, aku panik ......



..... Sri sudah ada yang lain....!!!! 

... dengan langkah longlai aku meneruskan tugas aku yang masih belum selesai ......!!



...KAU ZALIM SRI .....!!!!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Belog ini mula dibina pada hari Khamis, 09.09.10 bersamaan 30 Ramadhan 1431 dan siap pada hari yang sama. - godekGODEK by antu-air.blogspot.com