Wednesday, October 6, 2010

Inilah Kisahku (Part 6)

... sekali lagi aku mendapat berita sedih..

Majikanku, mamak restoren tempat ku bekerja tiba-tiba jatuh di bilik air.  Apabila di bawa ke hospital, pihak hospital mengatakan beliau sudah tidak ada lagi (telah meninggal dunia).

..... beberapa hari kemudian seorang demi seorang pekerja mula berhenti kerja.  Masing-masing tidak tahu nasib masa depan mereka.

.. seminggu selepas itu, aku berjumpa Laila, dengan berat hati aku mengatakan bahawa aku juga ingin berhenti kerja mulai esok.  Maknanya esok adalah hari terakhir aku bekerja.

... ketika aku berada di restoren pada hari terakhir aku bekerja, aku didatangi oleh seorang yang memperkenalkan dirinya seorang peguam.  Katanya dia ingin menunjukkan wasiat arwah ayah Laila padaku...

Dalam wasiat itu, arwah mengatakan bahawa dia menyerahkan pengurusan restoren itu padaku.  Arwah juga meminta aku menjaga anak gadisnya sehingga beliau berusia 21 tahun .......!!


... malam itu sekali lagi aku ...



di kejarkan ke hospital .....!!


...BERSAMBUNG .......!!!!!

Tuesday, October 5, 2010

Inilah Kisahku (Part 5)

Suatu malam aku mendapat panggilan telefon dari mak.  Mak mendesak aku balik segera ke kampung.  Bila aku cuba beri alasan, mak macam nak marah.  Jadi terpaksalah aku berjanji untuk balik jugak.

Hujung minggu tersebut aku balik kampung.  Mak gembira... 

Malam itu mak beritahu aku, keluarga Sri telah datang dan minta perkahwinan aku dengan Sri dicepatkan.  Kalau boleh hujung bulan ni jugak ......!!!

Malam itu aku 'melalak' tanpa suara .....


.. wooooooooooooo...... !!!!!!!!!

... di kolej aku berjumpa dengan Aliya.  Aku berpura-pura dengan Aliya mengatakan aku bersaudara dengan Sri dan minta dia selidik apa sebenarnya masalah Sri.  Aku beritahu mak Sri mengadu dengan aku yang Sri macam ada masalah ......!!

.... tiga hari selepas itu aku berjumpa dengan Aliya.  Alangkah terperanjatnya aku bila Aliya beritahu aku bahawa Sri ....


te.... te..... te.... lah .................




Monday, October 4, 2010

Inilah Kisahku (Part 4)

... aku tekad ingin berubah...

Langkah pertama aku, aku bekerja sambilan di restoren mamak 25 jam.  Mula kerja dari pukul 5 petang hingga 12 tengah malam, walaupun hanya sebagai pencuci pinggan mangkuk ....!!

... tuan punya restoren hanya dua beranak sahaja, ayah dan anak perempuannya .....  Isterinya baru meninggal setahun yang lalu.


Di restoren, aku buat macam-macam kerja.  Aku layan pelangan, lap meja, bersihkan lantai & cuba-cuba masuk dapur.

.. mungkin berkat kerajinan aku, setahun aku bekerja di situ, tuan punya restoren memberi kepercayaan untuk aku belajar di restoren tersebut.

Lalu aku pun sikit-sikit belajar tebar roti canai, bancuh air, masak sana dan sini dan jaga kaunter bayaran ....  megahnya aku ...!!

Tapi yang menjadi aku teruja ialah bila melihat anak perempuannya yang masih di sekolah menengah ...
bila aku terpandang gadis tersebut ..


... yang bernama Laila, seolah-olah aku terasa aku adalah ....


.. SALMAN KHAN ...



Sunday, October 3, 2010

Inilah kisahku (Part 3)

.... aku sudah dapat melupakan sri...

Apatah lagi aku sudah berkenalan dengan seorang gadis kolej tempat aku bekerja.  Dia gadis yang baik.  Dia tidak memandang hina padaku w/p aku hanya seorang tukang kebun di kolej.


.. namanya Aliya.  Ambil jurusan perniagaan ...

Aku selalu keluar jika ada kesempatan.  Tapi aku tidak pernah ambil kesempatan.  Aku sangat menyayanginya, LEBIH DARI MENYAYANGI SRI ...!!

Suatu hari di hujung minggu aku mengajak Aliya berjalan-jalan di pantai.  Aliya tidak menolak.  Aku merasa gembira dan tenang bersama Aliya.



.. kami berbual dan bergurau senda sepanjang berada di pantai.  Habis gajiku sebulan hanya kerana ALIYA.... 

Sedang kami berjalan berduaan di tepi pantai, aku melihat sekumpulan remaja memandang kpd kami.  Mereka berbisik-bisik dan tersenyum-senyum.  Dan aku dapat menangkap apa yang dibisikkannya, mereka berkata kami pasangan 'beauty and the beast'....

Tiba-tiba sahaja aku terasa marah, lalu aku cekak leher seorang darinya dan berkata;



... berani kau menghina makwe aku 'the beast"...........!!!

Saturday, October 2, 2010

Inilah kisahku 2

Aku sangat kecewa dengan perubahan yang berlaku pada Sri ...

... tapi aku tabahkan hati.  Kehidupan harus diteruskan.  W/p Sri telah mungkir janji, aku terpaksa menerimanya.  Gelodak hati ini hanya Tuhan sahaja yang mengetahui....

Aku masih lagi bekerja di kolej, hanya itu sahaja yg aku layak.  Aku pasti Sri tidak perasan lagi dgn kehadiran aku di sini..! 

Aku terpaksa menyumbunyikan identitiku, w/p sedang makan di kafeteria ...


... suatu hari, secara kebetulan aku terserempak sekali lagi dengan Sri di belakang perpustakaan ketika sdg membersihkan kawasan tersebut.  Aku bersembungi di sebalik pokok, & aku hampir pengsan apabila aku terlihat Sri ....

...  kau telah menjadi Sri yg lain, bukan Sri yang aku kenali semenjak berpuluh thn yg lalu ....


... aku larikan diri dari Sri, lalu aku menangis sepuas-puasnya.  Inilah kali pertama aku menangis seperti seorang kanak-kanak setelah aku dewasa ini .......  Aku lupa diri aku seketika .....

..... tiba-tiba aku terdengar suara memanggil-manggil.  Aku tidak pasti suara siapa & siapa yang dipanggilanya.  Aku menoleh ke belakang ..... tiba-tiba.. seorang gadis ada dibelakangku lalu bertanya ...



... kenapa ABANG menangis? 
Pandangku tiba-tiba gelap & aku tidak tahu apa yang berlaku selepas itu sehinggalah aku sedar aku berada di .....



 UNIT RAWATAN RAPI ......!!


Inilah kisahku ...

Sedari kecil aku sudah mengenali seorang gadis sebaya aku.  Aku namakan Sri sahaja. Kami main bersama, tidak pernah bergaduh, berkongsi suka dan duka serta tidak ada rahsia diantara kami berdua ..


... kami bersekolah di sekolah yang sama dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah.  Mungkin yang membezakan kami hanyalah kelas sahaja, sebab aku  er er er er ......... (nanti aku beritahu kemudian).  Sehinggalah keluar keputusan ujian SPM, Sri telah ditawarkan ke sebuah kolej ....


Di malam terakhir kami bersama, kami telah berjanji sumpah setia, untuk tidak akan berpisah walaupun apa sekali rintangan yang mendatang.  Dugaan akan ditempuh dengan cekal, hanya ajal dan maut yg akan memisahkan kami berdua ......

Jadilah aku perindu sepi ......


... ditakdirkan beberapa bulan kemudian aku juga mendapat tawaran di kolej yang sama dengan Sri ....  Alangkah gembiranya aku ....  & aku sengaja merahsiakan dr pengetahuan Sri.  Aku ingin membuat kejutan apabila bertemu dgnnya di kolej nanti.  Setiap hari jadilah aku seorang pencari, mencari kelibat kekasih hatiku Sri, sehinggalah aku terjumpanya di taman di hadapan perpustakaan kolej bersama seorang rakan (mungkin rakan sekuliah!).   Apabila aku ingin membuat kejutan, aku panik ......



..... Sri sudah ada yang lain....!!!! 

... dengan langkah longlai aku meneruskan tugas aku yang masih belum selesai ......!!



...KAU ZALIM SRI .....!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Belog ini mula dibina pada hari Khamis, 09.09.10 bersamaan 30 Ramadhan 1431 dan siap pada hari yang sama. - godekGODEK by antu-air.blogspot.com